Social Icons

Saturday, April 26, 2014

Koleksi Pepatah

PEPATAH
PENGERTIAN
CONTOH AYAT
A
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut.
Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.
B
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Hidup Bantu membantu antara satu sama lain.
Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
C
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
Setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.
Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
D
Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami.
Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
E
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama
Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.
Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
F
Fikir itu pelita hati
Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup.
Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.
G
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.
Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
H
Harapkan pagar, pagar makan padi
Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.
Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.
I
Ikan pulang ke lubuk
Kembali semula ke tempat asal.
Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
J
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.
Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
K
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.
Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.
L
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama.
Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.
M
Membujur lalu melintang patah
Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.
Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.
N
Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya
Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa.
Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.
O
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita.
Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
P
Pucuk dicita ulam mendatang
Memperoleh sesuatu yang dihajati.
Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.
Q
-
R
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong.
Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
S
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga.
Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
T
Takkan pisang berbuah dua kali
Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.
Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.
U
Ulat dalam batu pun dapat hidup
Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan.
‘Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.
V
-
W
Waktu itu wang
Waktu itu sangat bernilai.
Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.
X
-
Y
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang.
Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Z
Zaman beralih, musim bertukar
Peredaran masa.
Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.


5 comments:

  1. Salam perenung hikayat... Sy nak tnya.. ada kaitan tak antara pepatah dgn karya agung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu, inilah antara salah satu pemikiran orang zaman dahulu yang melahirkan pemikir melalui pepatah, bidalan, gurindam dan lain-lainnya :)

      Delete
  2. rasanya pepatah banyak digunakan dalam karya-karya dan mempunyai hubungan dari segi makna dalaman dan luaran seperti post sebelomnya bukan admin?? ke guane

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar saudara....karya agung boleh dikaji dalam pelbagai aspek, ianya sungguh meluas sehinggakan terdapat bidang estetik dan estetika yang menerengkan tentang konsep keindahannya..

      Delete